Perlukah Detox?
Hello!
Entri kali ini saya ingin kongsikan mengenai DETOX. Detox atau detoksifikasi ialah proses penyingkiran bahan-bahan yang tidak diperlukan oleh badan atau lebih dikenali sebagai toksin, daripada tubuh badan kita. Tahukah kamu yang kita ada 5 organ detox yang penting? Hehe kalau tak tahu, ni lah masanya kena ambil tahu. Jom belajar!
5 ORGAN DETOX PENTING
(1) Paru-paru
(2) Sistem Penghadaman (khususnya usus)
(3) Buah Pinggang
(4) Hati (organ detox yang paling kuat & rajin bekerja)
(5) Kulit
Kesemua organ detox tersebut membantu menyingkirkn bahan-bahan buangan (toksin) yang tidak diperlukan oleh badan kita. KENAPA perlu detox ni? Jawapannya adalah untuk memberi additional support kepada organ detox kita supaya lebih efficient menjalankan tugasnya.
PERLUKAH DETOX?
"Saya sudah sangat sihat, tak sakit pun perlu detox juga ka?"
"Tapi berat badan saya ideal jak ngam-ngam, perlu ka detox?"
"Kulit kamek blink-blink sihat jak tok, perlu detox juak ka?"
Yahhh inilah antara persoalan yang sering timbul bila muncul bab DETOX. Perlu kah saya detox? Okay, FACT nya di sini..setiap hari kita terdedah kepada banyak perkara yang boleh membebankan organ detox kita. Contohnya:
☘ Cara pemakanan seharian kita. Sedar tak sedar, kita selalu mengambil makanan yang tidak seimbang seperti makanan segera, makanan yang tinggi bahan pengawet, pewarna, perisa tambahan serta makanan yang kemungkinan sudah disembur dengan racun serangga. Bayangkan kalau kita mengambil makanan tersebut dalam jangka masa panjang, apa akan terjadi dengan organ detox kita? Ia akan membebankan organ detox kita tau.
☘ Minuman kita. Adakah air yang kita minum hari-hari tu sudah cukup bersih? Sudah ditapis dengan bersih kah? Air yang tidak ditapis dengan sepenuhnya mungkin mengandungi bahan kimia yang berbahaya contohnya logam berat.
☘ Masalah pencemaran. Keadaan seperti jerebu dan asap kenderaan boleh membebankan organ detox kita. Masalah pencemaran ini biasanya memang agak sukar untuk kita elakkan.
☘ Gaya hidup kita. Perhatikan gaya hidup kita kerana tanpa anda sedar juga bisa membebankan organ detox kita. Kok bisa? Merokok, mengambil minuman beralkohol, kurang tidur/rehat, stress dan pengambilan ubat-ubatan mampu memberi kesan negatif kepada organ detox kita. Logik kan?
Jadi apabila toksin masuk ke dalam tubuh badan kita melalui saluran-saluran seperti kulit, kolon (usus), hati dan paru-paru kita, secara natural nya organ detox kita akan menyingkirkan toksin tersebut. Tapi apa akan terjadi kalau organ detox kita terbeban? Of course toksin yang berlebihan akan terkumpul dalam badan kita kan. Umpamanya kita bekerja overtime dalam masa sebulan berturut-turut. Pasti kita akan rasa letih lesu, cepat mengantuk dan hilang fokus kan. Same goes to our detox organ. Faham sudah kan?
SIMPTOM TOKSIN BERLEBIHAN DALAM BADAN
- Masalah kulit allergic/alahan. Contoh, mungkin dulu anda tak pernah mengalami sebarang allergic pada seafood tapi tiba-tiba boleh jadi allergic.
- Anda jadi tiba-tiba sensitif terhadap debu, habuk.
- Kulit mulai kusam dan tiba-tiba muncul jerawat.
- Sering mengalami masalah sembelit.
- Mudah rasa letih dan cepat mengantuk walaupun cukup tidur.
- Sering sakit kepala.
- Selalu on diet tapi berat tak turun-turun juga.
- Selalu craving makanan manis & bergula. Tau tak yang benda-benda jahat dalam badan ni bergantung kepada makanan-makanan manis & bergula untuk survive dalam badan kita. Scary kan?
![]() |
| Toksin berlebihan dalam badan menyebabkan mudah sakit kepala, letih & mengantuk, sering sembelit dan jerawat |
NUTRISI DETOX ANDA
1. Paru-paru - perlukan polifenol
2. Sistem Penghadaman - perlukan peppermint (bersifat anti-bacteria, mengurangkan maslah gas dalam badan. Juga perlukan halia (gingerol), daun Senna (lebih kepada menggalakkan pergerakan usus yang lebih lancar)
3. Buah Pinggang - perlukan polifenol, dandelion (tinggi dengan antioksidan)
4. Hati - perlukan lebih banyak nutrisi sebab fungsi/kerja hati ni lebih banyak. Antaranya, alfalfa (sumber klorofil), milk thistle (nutrient yang sangat penting untuk kesihatan hati), Schizandra Chinensis, Cendawan Reishi (antioksidan), Antichoke, dandelion dan kunyit.
5. Kulit - perlukan polifenol dan alfalfa (kaya dengan vitamin K, A & E)
Dengan detox, kita sudah membantu organ detox kita untuk meringankan tugas-tugasnya dan dapat melakukan tugasnya dengan lebih efficient. Toksin memang akan masuk dalam badan kita setiap hari sebab masalah seperti pencemaran dan stress memang susah dielakkan, tetapi dengan mengamalkan gaya hidup serta pemakanan yang sihat akan mengurangkan toksin terkumpul dalam tubuh badan kita. Jangan ingat detox tu buat sekali saja sudah memadai. Salah fakta sudah tu hehe.
KESAN POSITIF SELEPAS DETOX
√ Rasa lebih bertenaga sepanjang hari.
√ Berat badan yang ideal
√ Kulit kelihatan lebih berseri
√ Pemikiran lebih fokus
√ Nafas menjadi lebih segar
√ Sistem penghadaman lebih sihat
Itulah antara fakta detox yang anda perlu tahu. Best kan bila sudah detox. Entri seterusnya saya akan kongsikan kepada anda semua mengenai 'Detox Cara Shaklee'. Nantikan entri seterusnya hehe. See you next time 🙋



Mari kita berdetox setiap hari 😍
ReplyDelete