Info Kesihatan: Sembelit

Hello!

Jumpa lagi kita di entri kali ni mengenai SEMBELIT. Hari ni kita berkenalan dengan SEMBELIT dulu ya hehe. Siapakah gerangan si SEMBELIT ni? Semua orang kenal ni si SEMBELIT dan saya sangat pasti 'si dia' ni memang ramai musuh ketat. Sapa yg suka dengan 'si dia' ni..mariii saya mau interbiu kamu haha!

KENALI SEMBELIT
Sembelit ialah satu keadaan di mana najis sukar dikeluarkan dari usus besar kita. Hal ini terjadi sebab najis terlalu keras untuk dikeluarkan dengan mudah. Kenapa keras? Tu sebab kita kurang serat makanan (fiber) dalam badan la tu. Take note, sembelit yang serius boleh mengakibatkan tanda-tanda usus tersumbat dan bakal mengundang penyakit yang lain pula seperti buasir. Ngeriiiii..



PUNCA SEMBELIT
Sembelit ni terjadi mungkin disebabkan oleh beberapa faktor la, contohnya:
√ cara pemakanan (kurang pengambilan fiber)
√ penghidratan (kurang minum air putih)
√ perubahan hormon
√ perubahan struktur badan manusia
√ kurang pergerakan (biasanya terjadi di kalangan orang dewasa)
√ kerap menahan keinginan untuk membuang air besar
√ kesan sampingan dari ubat (jaga-jaga!) dan faktor-faktor lain

ANTARA CARA MENGATASI SEMBELIT
1. Ambil lah makanan yang kaya dengan serat (fiber) seperti sayur-sayuran (brokoli, etc.), buah-buahan (pisang, etc.), kekacang (almond, etc.), biji-bijian (roti gandum, etc.). Fiber yang mencukupi dalam badan pun boleh mencegah kanser kolon, menjaga kadar gula dalam darah, menjaga tahap normal kolesterol, menjaga berat badan dll.

2. Ubat pelawas. Tapi AWAS! sebab kalau ambil ubat pelawas secara rutin pun boleh menyebabkan kita bergantung penuh pada penggunaan pelawas ni.

3. Rajin-rajinlah bersenam/berolahraga. Sebab kalau melakukan aktiviti fizikal secara rutin boleh membantu meningkatkan kekuatan otot usus dan pergerakannya. So, sudah pastilah sistem pencernaan kita akan menjadi lebih lancar dan mengelak sembelit.

4. Jangan biasakan diri menahan/menunda keinginan untuk membuang air besar. Adeiii manada best ni tahan-tahan. Kasi buang terusssss. Kekerapan menahan pembuangan air besar boleh menyebabkan najis menjadi tertahan di dalam usus kita, jadi mengeras la tu najis. Mana tidak sembelit

5. Pastikan minum air putih cukup-cukup. Kalau kurang minum air putih pun boleh menyebabkan sembelit tau. Sebab cairan dalam tubuh membantu melancarkan pencernaan. Air putih tau bukan air berkaler-kaler

6. Ambil la Set Sembelit Shaklee. Apa tu Set Sembelit Shaklee? Ni nah..

☘ Herblax : untuk detoks
☘ Alfalfa Complex: mengandungi banyak fiber
☘ Performance Drink: mengelak dehidrasi
☘ Lecithin: melembutkan najis, melembapkan usus & meleraikan toksin dalam usus
☘ ESP: meningkatkan tenaga


Apa-apa pun, prevention is still better than cure. Jangan sembelit tau. Semoga entri kali ni bermanfaat untuk semua. See you next time 🙋

Comments

Popular posts from this blog

Miliki Kulit Wajah Cantik Dengan SR Vita-C Plus Shaklee

Sustained Release Vita-C Shaklee Bukan Sekadar Vitamin C

Perlukah Detox?